Selasa, Mac 17, 2009

Bab 6 – Lupa kpd Allah swt

• Dalam kitab ‘Zahrir Riyadh’: bhw Yaaqub as bersahabat dgn Malaikat Maut. Maka pada suatu ketika Malaikat Maut dtg kepada Yaaqub. Yaaqub berkata: “Wahai m.m., engkau dtg utk menziarahi aku atau utk mencabut nyawaku?” m.m. menjawab, “Untuk berziarah sahaja.” Lalu Yaaqub berkata, “Aku mempunyai permintaan kepadamu.” M.m. bertanya, “Apakah permintaanmu?” Yaaqub menjawab, “Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah kau beritahu aku terlebih dulu.” M.m. menjawab, “Baiklah, aku akan mengutus kpdmu dua atau tiga utusan.” Maka ketika ajal Yaaqub telah sampai, m.m. dtg lagi kpdnya, lalu ditegur Yaaqub, “Apakah engkau dtg utk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” m.m. menjawab, “Aku dtg utk mencabut nyawamu.” Yaaqub bertanya dgn hairan, “Bukankah engkau telahberjanji kpdku hendak mengutus 2 atau 3 utusan terlebih dahulu?” m.m. menjawab, “benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan membongkook tubuhmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ia mati.”

• Terebut dlm hadis Rasulullah saw, beliau bersabda: “Tertulis di Arasyi, ‘Aku menuruti org yg taat kepada-Ku. Aku menyintai org yg mencintaiku. Aku kabulkan org yg berdoa kpd-Ku. Dan Ku-ampuni org yg mohon ampun kepada-Ku.”

0 ulasan: