Jumaat, Mac 27, 2009

Kebanggaan kerja

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan.
Tidak
beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak
menikmati
makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih
padanya,
"Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan
itu
menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia
menunggu
sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih
dagangannya,
"Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik,
saya
sudah kenyang."



Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai
makan
tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir
seharian
dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.
Anak
itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa
tahu
kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan
oleh
anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan
yang
serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu
menawarkan
kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?".
Kali
ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan
wang
RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai
sedekah.
Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja
ini
sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya
kepada
seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda
itu.
"Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang
lain
?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa
tidak
kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji
sama
ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis.
Dan
saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu
terjual
habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras
saya. Ibu
saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja
kuih
yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya
etika
kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil
itu
akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan
berhasil
menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya
menjadi
pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya
tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia
balas
dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak
kecil
itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang
dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan
mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.


Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya
kerja.
Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita
menjadi "hijau"
kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya
yang
kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan
sungguh
sungguh, pastilah akan bererti besar.

0 ulasan: