Khamis, April 23, 2009

Grafik dan Animasi PERCUMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga


Dalam web terdapat
banyak laman web yang menawarkan grafik dan animasi GIF secara percuma. Namun
begitu memilih yang terbaik bukanlah sebuah tugas yang mudah tetapi semua laman
web ini mempunyai sambungan kepada dan daripada satu sama lain. Pencarian grafik
yang sempurna mungkin menjadi satu ketagihan.



Animasi menarik


Laman ini mendakwa
mempunyai lebih daripada 20,000 animasi GIF, latar belakang dan gambar. Yang
terbaik daripada laman ini adalah animasi GIF. Anda boleh dapatkan sebarang
animasi GIF daripada sukan kepada sambutan hari kebesaran dan anda boleh gunakannya
untuk laman anda. Selain itu anda boleh dapatkan kod tag meta, tetingkap dan
menu daripada laman ini.

http://www.gifanimations.com


Segalanya percuma


Anda akan mendapati
ribuan imej percuma untuk anda dapatkan dan gunakan. Ia juga mempunyai sambungan
kepada ribuan laman web grafik percuma. Anda boleh dapatkan animasi GIF, garisan,
bebola dan perentang di samping gambar yang terdapat dalam pelbagai kategori.
Gunakanlah sepuasnya.

http://www.allfree-clipart.com


Web kreatif



Laman ini mempunyai
sebuah kemudahan untuk membina perentang, bebutang dan logo secara percuma.
Ia menawarkan pembinaan logo dan bebutang yang cepat, mudah dan percuma. Banyak
perentang yang menarik boleh dihasilkan daripada laman web ini.

http://www.Crecon.com/banners.html


Foto percuma


Anda boleh memuaturun
lebih daripada 18,000 foto percuma yang dibahagikan kepada 40 jenis kategori
dan 600 subkategori. Antara imej-imej yang boleh didapati adalah daripada Eropah,
Timur Australia dan UK. Sebuah laman foto yang menarik dan yang pentingnya percuma.


http://www.freefoto.com


Grafik percuma


Terdapat lebih
daripada 30,000 imej, animasi, bebutang, ikon dan grafik untuk anda pilih. Laman
ini merupakan salah satu laman grafik terbesar dalam web. Jika anda seorang
yang baru ingin memulakan laman web, pergilah ke laman web ini.

http://www.free-graphics.com



Foto percuma lagi


Laman ini menawarkan
pelbagai jenis gambar foto untuk anda gunakan. Kebanyakan foto dalam laman ini
menawarkan imej alam sekitar, angkasa lepas dan tempat-tempat menarik di Amerika
Syarikat. Perlukan foto menarik dan percuma, inilah lamannya.

http://www.freestockphotos.com


Animasi Ulead


Laman ini menyediakan
pelbagai animasi GIF menarik untuk sambutan perayaan-perayaan dan juga cuti
umum. Apabila anda memilih untuk mendapatkan sesebuah imej, sebuah tetingkap
akan memaparkan saiz dan arahan muat turun. Selamat ambil imej!

http://www.webutilities.com/community/gifzone/libraries/default.asp


Audio percuma


Jika anda memerlukan
fail MIDI untuk laman web anda, laman ini adalah sesuai untuk anda. Anda boleh
mencari menurut nama fail atau jenis fail. Lagu Siti Nurhaliza ada ke?


http://www.freeaudioclips.com


Muzik untuk laman
web


Semua muzik dalam
laman web ini dikategorikan menurut panjang dan tema seperti Italian, Hard Rock
dan Pop. Terdapat pelbagai jenis lagu yang sesuai menurut mood anda. Setelah
mengambil muzik daripada laman ini pastikan yang anda memberikan kredit kepada
tuan punya laman ini.

http://www.mfwp101.com/freemusic.html



Dari MAJALAH PC

0 ulasan: