Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga
Benarkan untuk menggunakan kata ganti nama diri pertama...'aku'.
Mintak maap gilak-gilak sebab dah lamak dah sik update blog tok. Busy gilak.
Baru-baru tok tek aku ada mukak sigek blog tok dan ingin berkongsi sikit pasal isik kandungan blog tok yang bagi aku penting gilak-gilak untuk disebar. Bagi sapa-sapa yang baca blog tok. Sila sebarkan juak.
Kisah menyanyat hati tok berlaku minggu lepas. Kisahnya kedak tok, seorang perempuan(muslimah) Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, ulang suara B.E.R.S.A.L.A.H dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah MENERKAM ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Aok, tok betul-betul, bukan cobaan, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
......
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.
Coba kitak orang pike fikir, gine logik seorang perempuan ditikam 18kali dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ya, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.
Logik atau sik anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba kitak orang tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Sik ka bodo keja ya, apaaaaakah kenak mengenak rambut dengan kenak tembak... Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Mintak maap gilak-gilak pake bahasa kasar.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.
Wallahu a'lam.