Khamis, Ogos 06, 2009

Puasa selepas nishfu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga



Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-
  1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.
  2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.
  3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu
  4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.
Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-
(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-
Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).
Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-
(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.
Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-
Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Khamis, Julai 16, 2009

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga



Benarkan untuk menggunakan kata ganti nama diri pertama...'aku'.

Mintak maap gilak-gilak sebab dah lamak dah sik update blog tok. Busy gilak.
Baru-baru tok tek aku ada mukak sigek blog tok dan ingin berkongsi sikit pasal isik kandungan blog tok yang bagi aku penting gilak-gilak untuk disebar. Bagi sapa-sapa yang baca blog tok. Sila sebarkan juak.

Kisah menyanyat hati tok berlaku minggu lepas. Kisahnya kedak tok, seorang perempuan(muslimah) Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!


Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, ulang suara B.E.R.S.A.L.A.H dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?


Lelaki ini telah MENERKAM ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Aok, tok betul-betul, bukan cobaan, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?


However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....



......



...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.




Coba kitak orang pike fikir, gine logik seorang perempuan ditikam 18kali dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ya, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.



Logik atau sik anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba kitak orang tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.


Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Sik ka bodo keja ya, apaaaaakah kenak mengenak rambut dengan kenak tembak... Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Mintak maap gilak-gilak pake bahasa kasar.


Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.




Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.







Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.



Wallahu a'lam.

Ahad, Julai 05, 2009

Kekuatan Wanita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga





KEJADIAN RAGUT KETIKA KELUAR LIFT
PERAGUT INI DISAHKAN OLEH DOKTOR TELAH PATAH TULANG BELAKANG
HAKIM MEMUTUSKAN BAHAWA PEREMPUAN ITU TIDAK BERSALAH SAMA SEKALI KERANA TUJUAN HENDAK MEMPERTAHANKAN DIRI


Al-Ashma 'i radhiallahu-anhu bercerita;

Sekali peristiwa, bila saya mengikuti suatu rombongan pergi ke Mekkah untuk naik Haji, dengan mengenderai unta di tengah-tengah padang pasir, tiba-tiba muncullah seekor singa yang sangat besar menghadang jalan kami. Rombongan haji itu terpaksa berhenti secara spontan, tidak berani meneruskan perjalanan lagi. Orang-orang dalam rombongan itu semuanya kelam-kabut dan kecoh kerana takut kepada singa itu.
Saya pun memanggil pengawal kami untuk mengusir binatang itu, namun tidak berhasil, justeru pengawal itu pun takut kepada singa itu.

"Tidak adakah di antara kamu sekelian seorang yang berani mengusir singa ini dari menghalang perjalanan kita?"tanyaku kepada pengawal itu.

Tiba-tiba aku kedengaran suatu suara yang menjawab, katanya:

"Jika engkau maksudkan dia itu seorang laki-laki, maka memang kami rasa tidak ada seorang yang berani di antara kami." Kemudiaan sambungnya lagi: "Tapi aku kenal diantara kami ini ada seorang wanita yang mungkin dapat mengusir binatang itu tanpa pedang atau apa-apa senjata pun. Dia ada bersama-sama kita di dalam rombongan ini!" kata orang itu.

"Di manakah dia wanita itu?" tanyaku bingung.

"Dia di dalam tandunya."

Saya pun segera pergi mendapatkan wanita itu di dalam tandunya, seraya memanggil:

"Ibu! Kalau tidak keberatan, cuba turunlah dari tandumu ini, dan tolonglah kami yang dalam rombongan. Ada seekor singa di hadapan kami menghalangi perjalanan kami!"

"Takutkah kamu sekelian dengan singa itu, sedang kamu semua orang laki-laki, dan sekarang kamu datang meminta pertolongan seorang wanita pula," sindir wanita itu.
Kami sekelian terpinga-pinga tak tahu apa yang hendak kami jawab, selain mengaku akan kebenaran kata-kata wanita itu.

"Ya, memang kami sekalian takut terhadap binatang buas itu. Kami juga tidak tahu cara-cara menghalaunya. Mungkin Ibu seorang sajalah yang dapat menghalaunya."

"Baiklah," jawabnya. "Tapi aku ni seorang wanita. Apakah kamu sekelian senang jika aku dilihat oleh singa itu, padahal dia tu singa jantan sedangkan aku ini seorang wanita?!"

Kami tidak tahu apa yang hendak dijawab lagi. Mujur ia menyambung lagi:

"Katakanlah kepada singa itu: Ibu Fatimah menyampaikan salamnya, dan dia bersumpah dengan Zat yang tidak pernah disentuhi mengantuk, menyingkirlah kau dari menghalang perjalanan rombongan ini!"

Berkata Al-Ashma 'i lagi menyambung ceritanya:

"Demi Allah, belum sempat habis ucapan wanita itu, melainkan singa itu telah meminggir pergi dari jalan itu, dan lari menghilangkan diri."

Ini tiada syak lagi menunjukkan bahawa wanita itu diantara orang-orang Sholehah, yang benar-benar telah mengenali Allah dengan sepenuh makrifat. Moga-moga Allah memberikan kita manfaat dari cerita yang kita dengar ini, Amin!

Sabtu, Julai 04, 2009

ICE AGE 3

p align="center">Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga




Ellie (Queen Latifah) and Manny (Ray Romano) are expecting their first child, and Manny is obsessed with making life perfect and safe for the family. At the same time, Diego (Denis Leary) finds himself unable to catch a gazelle he has been stalking and decides to leave the herd, believing that he is losing his predatory nature as a tiger. Sid (John Leguizamo) grows jealous of Manny and Ellie and “adopts” three apparently abandoned eggs that he finds in an icy underground cavern. Manny tells him to put them back, but Sid instead looks after the eggs, which hatch into baby Tyrannosaurus
the next morning.





Although Sid tries his best to raise the three dinosaurs, their rambunctious behavior scares away all the other animals’ young and ruins a playground Manny built for Ellie’s baby. The mother dinosaur soon returns and carries both Sid and her youth underground, with Diego in pursuit. Manny, Ellie, Crash, and Eddie (Seann William Scott, Josh Peck) follow as well and discover that the icy cavern leads to a vast jungle populated by dinosaurs thought to be extinct. Here, an Ankylosaurus threatens the herd despite Diego’s efforts to fend it off; they are saved from a further crowd of angry reptiles by a one-eyed, slightly crazed weasel named Buckminster, or Buck (Simon Pegg).



Buck has been living in this jungle for some time and is chasing Rudy (a white Baryonyx), intending to avenge the eye he lost to it. He agrees to lead the herd through the jungle’s perils to Lava Falls, where “Momma” has taken Sid and her babies. In the meantime, Sid and Momma try to outdo each other in feeding the offspring; he loses this contest, but is soon welcomed into the family regardless. The next day, however, Rudy attacks the family and Sid is knocked onto a loose rock slab that is floating on a river of lava and about to plummet over the falls.







As the herd move towards the Lava Falls, Ellie goes into labor and a Guanlong pack strikes, causing a rock slide that separates her from Manny and Diego. Manny doubles back to protect her and Diego fends off further attacks, while Buck takes Crash and Eddie ahead to rescue Sid. Just as the sloth goes over the falls, the trio swoops in on a commandeered pterosaur and saves his life. While reaching Ellie, Manny hears a voice, indicating that a baby girl has been born. Manny decides to name the baby Ellie after Ellie herself, but Ellie names the baby Peaches after the fruit (the codeword they had chosen for Ellie to use if she went into labor during the trip). Sid is saddened at the fact that he never had a chance to say goodbye to "his" children as he is reunited with the announcement that Peaches had been born.



Before they can exit the jungle, Rudy attacks at full force; Buck helps the others ensnare him briefly, but he escapes and resumes his onslaught. The herd is saved by the timely arrival of Momma, who charges at Rudy and knocks him off a cliff. As she and her children wish Sid well, Buck – now without a purpose in life since Rudy is gone – decides to join the herd and live on the surface. However, a distant roar tells him that Rudy is still alive; he changes his mind and sends the herd home, blocking off the path to the underground jungle at the same time so that no one else can go down there. Manny and Ellie welcome Peaches into their frozen world and admit that Sid did a good job looking after Momma's children. Diego decides to remain with the herd, while Buck stays where he wants to be: underground, matching wits with Rudy.



Starring: Ray Romano, John Leguizamo, Denis Leary, Queen Latifah, Simon Pegg
Director: Carlos Saldanha
Genre: Comedies

Jumaat, Julai 03, 2009

apa mok jadi tok?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga



Salam. Di tengah-tengah kekecohan KITA kinek tok, KITA sik harus lupa pada penderitaan dan juak keperitan umat Islam di luar sana. mungkin sedikit iklan dapat pake menyedarkan KITA?

entahlah...










Keamanan sik akan pernah dapat dicapai tanpa ISLAM, yakinkah dengan multi-rasional, perpaduan kaum, kemewahan ekonomi, pembangunan dan ISLAM HADHARI akan dapat menyekat barat dan kuasa-kuasa besar dunia daripada menjajah dan menakluk KITA? Apakah hanya dengan menganut faham sekuler jak, mengakui Islam hanya sekadar agama yang berkait urusan nikah-kahwin, cerai dan mati itu boleh menjamin kita akan dianggap sebagai rakan oleh Amerika dan musuh-musuh Islam lalu mereka tidak akan mengapa-apakan kita? Dah nak nika, baruk ingat ngan islam...Dah nak mati, baruk ingat ngan islam..Ya ak ka?


"Sesungguhnya telah pun sesat golongan sebelum mereka dan menyesatkan pula ramai orang selain mereka dan sesatlah mereka dari jalan yang benar" (Surah Al-Mai'dah : 77).

berikut ialah laporan berita :

Los Angeles, Alta California - May 2, 2004 - (ACN) The release, by CBS News, of the photographs showing the heinous sexual abuse and torture of Iraqi POW's at the notorious Abu Ghraib prison has opened a Pandora's box for the Bush regime. Apparently, the suspended US commander of the prison where the worst abuses took place, Brigadier General Janis Karpinski, has refused to take the fall by herself and has implicated the CIA, Military Intelligence and private US government contractors in the torturing of POW's and in the raping of Iraqi women detainees as well.....



Sila layari : http://www.jameswickstrom.com/

Astagfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah

Apa nama tok? Hehehe... Nayang gambar-gambar macam tok di blog?

Saya menyakini, ramai yang membuka weblog ini banyak secara kebetulan, jadi bagi saya tidak mengapa pelajari hakikat dan kebenaran walau melalui cara yang agak keterlaluan...gambar di atas sudah 'ditapis', cuma saya terfikir harus dipamerkan gambar di atas agar menunjukkan sikap kebiadapan bangsa yang mengaku bertamadun di dunia hari ini dengan keangkuhan mereka.
Maruah umat Islam,
tiada pembela,
keagungan Islam hanya didengari sekali-sekala,
diselangi dengan 'mengerepak' oleh 'pengkerepak' yang berucap di PWTC dengan merasmikan acara dan majlis rasmi.

Tiada kesungguhan, hanya ucapan belaka...Ramai yang akan mengeluh pada saya, lalu berkata, "pok, kita kalau hendak menegur pun kenalah berhikmah dan beradab, menjaga tatatertib...." saya setuju pada hal tersebut, ya nang mena, cuma iboh lupa realiti semasa ialah apa yang saya pamerkan dan apa yang lebih lebih teruk dari itu...!

Masih ramai, umat Islam yang berilmu kononnya, mantap aqidah katanya, suci dan bersih matlamat ujarnya, salim dan sahih manhaj omongnya....namun masih menyetujui SEKULER di negara sendiri dan menganggap menjatuhkan kuffar di negara luar yang menindas umat Islam dan berjihad menentangnya ialah kerja BID'AH. NANG SEMUALAH BID'AH. Leka kita gago mok nganok, bermusuhan sama islam dikpun, kita lupak bahawa musuh sebenar sedang menunggu kejatuhan kita.Adapun kerja-kerja menjatuhkan kezaliman, kefasiqkan dan kebathilan ialah satu kerja khawarij yang melawan sebuah pemerintahan yang sah menurut kitab mereka dan sunnah mereka pada omongan-omongan mereka...Bukan sekali orang menegur pasal gambar yang pernah saya pamerkan ini, katanya elok pamerkan gambar-gambar yang menutup aurat, saya setuju namun agaknya dia terlupa di Cyber Cafe yang dia sedang menaip itu ketika menulis kepada saya itu pun, gadis yang disebelahnya mungkin memakai skirt singkat menampakkan betis dan peha. Kita tidak suka kepada kejahatan tetapi kita tiada pula melakukan usaha untuk mengubahnya lalu gi mana sih?

Kita benci persatuan yang tiada akhlak dan tiada moral ketika bercakap tapi kita lupa yang kita juga seperti mereka yang mahu menegakkan Islam cumanya mereka bekerja siang dan malam tetapi kita hanya mengkritik pagi dan petang. Keja mok nganok jak...