Memaparkan catatan dengan label IT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IT. Papar semua catatan
Khamis, April 23, 2009

Utiliti berguna untuk PC anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga

WinFM


Aliran audio dan radio internet adalah menarik tetapi agak sukar untuk mencari
dan mengendalikan radio internet kerana terlalu banyak radio internet. Adalah
lebih mudah untuk mengendalikan radio kereta daripada radio internet. WinFM
telah direka untuk mencari siaran dalam talian dan menguruskannya seperti anda
menguruskan lagu-lagu MP3. Setiap kemasukan mempunyai maklumat mengenai stesyen,
frekuensi, format siaran dan URL. WinFM memerlukan Win98/Me/NT/2000.

http://www.inklineglobal.com


2xExplorer

Perisian ini adalah sebuah pengurus fail aplikasi seperti Norton Commander.
Ia mempunyai keupayaan pemaparan jenis fail, maklumat fail dan paparan susur
galur fail. Ia juga mempunyai pemapar teks atau editor teks di samping keupayaan
sambungan folder untuk menyimpan salinan.

http://personalpages.ps.ic.ac.uk/~umeca74


Agent Ransack

Periisan ini mempunyai enjin pencari yang berkuasa dan mampu mencari apa sahaja
di dalam komputer atau rangkaian. Anda boleh mencapai apa sahaja yang disenaraikan
walaupun rangkaian yang tidak dibenarkan. Anda juga boleh menyimpan carian untuk
rujukan masa hadapan.


http://www.agentransack.com


CatFish 1.9

Perisian ini menyimpan maklumat direktori yang pernah anda masuki. Ia memaparkan
segala arkib laluan yang pernah anda lalui dan ini membolehkan anda mencari
semula laluan itu. Perisian ini kecil dan tiada sebarang proses pemasangan kompleks
diperlukan. Ia mempunyai keupayaan simpanan arkib untuk cakera dan CD-ROM. Sesuai
untuk penyimpan MP3!

http://www.equi4.com/catfish


PowerDesk 4

Perisian ini adalah sama dengan 2xExplorer dan ia akan menggantikan Windows
Explorer. Fungsi PowerDesk perisian ini mampu melakukan pelbagai tugas paparan
dan mampu melakukan tugas copy, rename, delete dan move dengan mudah. PowerDesk
juga mampu memampatkan dan mengekstrak fail seperti zip dengan menggunakan pelbagai
media.

http://www.ontrack.com/freesoftware



EnZip 3.00

Perisian pemampat fail ini adalah mudah digunakan dan ia mempunyai fungsi yang
baik. Antaramuka yang digunakan oleh Enzip adalah menarik dan ia mempunyai wajah
yang serupa dengan WinZip. EnZip bergabung amat baik dengan Windows. Ia mempunyai
arkib penerimaan dan penghantaran fail. Ia juga mampu mengendalikan fail dari
cakera atau CD-ROM. Percuma lak tu!

http://www.cpam.freeserve.co.uk


CubicEye

CubicEye membenarkan anda melayari web dalam bentuk 3D dan menempatkan laman
web dalam bentuk kuib. Laman web berlainan akan dimuatkan pada permukaan yang
berlainan dan anda boleh memutarkan kuib itu untuk memaparkan sebarang laman
web yang anda mahu. Anda boleh menarik keluasan kuib untuk memaparkan lebih
laman web. Namun begitu CubicEye memerlukan kuasa komputer yang tinggi. Sistem
minima yang sesuai ialah Pentium III, 128MB RAM, dan kad video pencepat Direct3D
dengan 8MB atau 16MB video RAM. Selain itu ia memerlukan DirectX 7, Internet
Explorer 5.5 dan Windows 98 atau terkini. CubicEye Viewer adalah percuma; pelayar
CubicEye berharga USD14.95 (8MB) atau $19.95 (16MB) dan ia mempunyai pelbagai
jenis ciri tambahan.

http://www.2ce.com


Windows Scheduler



Lakukan Backup, periksa e-mel dan buang fail TMP adalah di antara tugas yang
boleh dilakukan oleh perisian ini. Terdapat tiga fungsi perisian ini iaitu Task
Reminder, Application Launcher dan Window Watcher. Sebuah perisian yang berguna
untuk pengguna yang mahu cepat menggunakan komputer dan malas untuk mengetuk
keyboard!

http://www.splinterware.com


Voquette Media
Manager

Voquette Media Manager menguruskan kandungan audio anda di samping megendalikan
aliran audio dan MP3. Ciri yang membuatkan Voquette berbeza daripada yang lain
ialah keupayaan merakam kandungan. Ciri ini memuaskan untuk aliran video atau
audio menerusi internet. Anda boleh menentukan masa dan URL tertentu dan ia
akan merakamnya seterusnya menyimpannya ke dalam cakera keras anda. Ia mampu
merakam sehingga dua jam aliran bahan. Voquette mampu memainkan Windows Media,
MP3, atau RealAudio tetapi tidak menyokong aliaran video. Perisian ini memerlukan
Windows 9x, Windows NT, atau Windows 2000 dan Internet Explorer atau Netscape
Navigator 3.0 atau lebih.

http://www.voquette.com





Khamis, April 23, 2009

Grafik dan Animasi PERCUMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Syukur ke hadhirat ILAHI, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Salam serta keluarga


Dalam web terdapat
banyak laman web yang menawarkan grafik dan animasi GIF secara percuma. Namun
begitu memilih yang terbaik bukanlah sebuah tugas yang mudah tetapi semua laman
web ini mempunyai sambungan kepada dan daripada satu sama lain. Pencarian grafik
yang sempurna mungkin menjadi satu ketagihan.



Animasi menarik


Laman ini mendakwa
mempunyai lebih daripada 20,000 animasi GIF, latar belakang dan gambar. Yang
terbaik daripada laman ini adalah animasi GIF. Anda boleh dapatkan sebarang
animasi GIF daripada sukan kepada sambutan hari kebesaran dan anda boleh gunakannya
untuk laman anda. Selain itu anda boleh dapatkan kod tag meta, tetingkap dan
menu daripada laman ini.

http://www.gifanimations.com


Segalanya percuma


Anda akan mendapati
ribuan imej percuma untuk anda dapatkan dan gunakan. Ia juga mempunyai sambungan
kepada ribuan laman web grafik percuma. Anda boleh dapatkan animasi GIF, garisan,
bebola dan perentang di samping gambar yang terdapat dalam pelbagai kategori.
Gunakanlah sepuasnya.

http://www.allfree-clipart.com


Web kreatif



Laman ini mempunyai
sebuah kemudahan untuk membina perentang, bebutang dan logo secara percuma.
Ia menawarkan pembinaan logo dan bebutang yang cepat, mudah dan percuma. Banyak
perentang yang menarik boleh dihasilkan daripada laman web ini.

http://www.Crecon.com/banners.html


Foto percuma


Anda boleh memuaturun
lebih daripada 18,000 foto percuma yang dibahagikan kepada 40 jenis kategori
dan 600 subkategori. Antara imej-imej yang boleh didapati adalah daripada Eropah,
Timur Australia dan UK. Sebuah laman foto yang menarik dan yang pentingnya percuma.


http://www.freefoto.com


Grafik percuma


Terdapat lebih
daripada 30,000 imej, animasi, bebutang, ikon dan grafik untuk anda pilih. Laman
ini merupakan salah satu laman grafik terbesar dalam web. Jika anda seorang
yang baru ingin memulakan laman web, pergilah ke laman web ini.

http://www.free-graphics.com



Foto percuma lagi


Laman ini menawarkan
pelbagai jenis gambar foto untuk anda gunakan. Kebanyakan foto dalam laman ini
menawarkan imej alam sekitar, angkasa lepas dan tempat-tempat menarik di Amerika
Syarikat. Perlukan foto menarik dan percuma, inilah lamannya.

http://www.freestockphotos.com


Animasi Ulead


Laman ini menyediakan
pelbagai animasi GIF menarik untuk sambutan perayaan-perayaan dan juga cuti
umum. Apabila anda memilih untuk mendapatkan sesebuah imej, sebuah tetingkap
akan memaparkan saiz dan arahan muat turun. Selamat ambil imej!

http://www.webutilities.com/community/gifzone/libraries/default.asp


Audio percuma


Jika anda memerlukan
fail MIDI untuk laman web anda, laman ini adalah sesuai untuk anda. Anda boleh
mencari menurut nama fail atau jenis fail. Lagu Siti Nurhaliza ada ke?


http://www.freeaudioclips.com


Muzik untuk laman
web


Semua muzik dalam
laman web ini dikategorikan menurut panjang dan tema seperti Italian, Hard Rock
dan Pop. Terdapat pelbagai jenis lagu yang sesuai menurut mood anda. Setelah
mengambil muzik daripada laman ini pastikan yang anda memberikan kredit kepada
tuan punya laman ini.

http://www.mfwp101.com/freemusic.html



Dari MAJALAH PC