Bila bercakap tentang sekuntum mawar, bayangan indah, harum akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntum bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua suka. Cuma kekadang
lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalah... kan guys?! Gimme five!!
Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang ni. Lain manusia lain sifat dan
perangainya, kan? Tapi walau apapun manusia, mereka tetap punyai fitrah yang sama. Mungkin kulit mereka tak sama, atau jam tangan mereka tak serupa, tetapi fitrah mereka sama dan serupa.
Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai oleh setiap orang. Lihatnya pun dah sejuk hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan luas-luas untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan,tidak menyakitkan hati orang lain, bercakap dengan nada yang lembut, murah dengan senyuman dan macam-macam lagi adalah contoh akhlak yang disukai oleh semua manusia walau siapapun mereka. Bukan saja manusia, kucing, kerbau dan lembu susu pun suka kalau kita tidak menyeksa mereka.
AKHLAKKU CUTE
Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam Islam dan tidak dibenarkan berlaku perselisihan pendapat padanya seperti mana persilisihan pendapat yang berlaku dalam cara dan rukun ibadah seharian seperti solat, wudhuk, zakat dan sebagainya. Akhlak diletakkan dalam priority agama dalam ranking yang kedua selepas akidah.
Bahkan Tuhan sendiri dalam al-Quran, menyatakan bahawa tujuan Rasulullah diutuskan ke pada umat manusia ialah untuk menyempurnakan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat. Memang masyarakat, pada fitrahnya adalah berakhlak mulia, tapi kedatangan Rasulullah adalah sebagai menyempurnakan lagi dan memperkukuhkan lagi nilai akhlak dalam masyarakat.
Bagaimana akhlak yang baik boleh lahir? Sekuntum bunga yang mekar lahir daripada pohon yang subur dan sihat. Begitulah akhlak mulia, ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh.
Rasulullah pernah menyatakan bahawa: "Kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman, dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang...." Ini bermaksud ada perkaitan antara IMAN dan akhlak. Jika Iman itu baik, akan lahirlah akhlak yang baik.
Jika iman tak baik, akan lahirlah akhlak yang tak baik. Akhlak adalah manifestasi daripada Iman yang teguh pada Allah.
Iman pada Allah ialah percaya bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Semua manusia adalah sama di sisi Allah. Dengan mengakui ketuhanan Allah, secara automatik rasa ego, bangga diri, rasa diri hebat, menghina orang lain, merendahkan orang lain akan terhapus dengan sendirinya. Bila rasa-rasa ini terhapus, rasa hormat, rasa kasih, rasa sayang, rasa bangga dengan orang lain akan datang dengan sendirinya.
Orang yang berakhlak mulia, akan disukai oleh semua orang. Pandai mengambil hati manusia lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan. Memang sukar untuk menjadikan kita disukai oleh orang.
Cakap soal akhlak yang baik adalah senang, tapi bagaimana untuk berakhlak itu adalah sangat susah.
Ruangan mahmudah, akan menumpukan bagaimana untuk anda mengambil hati orang lain, dan menjaga perhubungan anda sesama manusia dalam pelbagai keadaan. Dalam satu situasi mungkin anda ingin menegur rakan, dalam situasi lain, anda ingin menarik perhatian rakan, situasi lain, anda mahu rakan anda suka pada anda,
anda mahu dihormati, anda mahu dihargai, juga mahu menghormati dan menghargai, atau mungkin ada ketika terdapat pertembungan antara
kepentingan diri, atau perjuangan dengan menjaga hati sahabat atau masyarakat.
Persoalan-persoalan sebegini cukup sulit untuk kita
hadapi dalam kehidupan. Insya Allah, pada keluaran akan datang kita akan bincangkan satu persatu tentang cara kita berhadapan dengan
persoalan ini.
Sebelum itu, tanamkan iman kepada Allah dengan sepenuh kepercayaan, yakin dengan janji Allah seperti kematian, ujian hidup, akhirat, malaikat, jin dan syaitan. Tanamkan bahawa ketaatan pada Allah adalah kunci akhlak yang mulia, patuhilah peraturan Allah demi menjamin keamanan dan keharmonian yang kita sendiri idamkan. Sebagai mana kita ingin menjadi idaman seseorang begitulah orang lain ingin menjadi idaman kita. Sebagai mana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi
kebencian kita. Sebagai mana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Jika semua mahu disayangi, siapakah yang
mahu menyayangi? Jika semua mahu dihormati siapakah yang akan menghormati?
DARI PELAJAR, KEPADA PELAJAR, UNTUK PELAJAR
Categories
- ABM (3)
- Akhlak (10)
- Ibadah (5)
- Isu Semasa (17)
- IT (2)
- Kemajuan Terkini (1)
- Kisah (7)
- Maktabah (1)
- Mukasyafah Al-Qulub (10)
- Petua (13)
- Qasidah (2)
- Sirah (4)
- Soalan Percubaan SPM (1)
- SPM (6)
- Syariat (29)
- Tafsir (2)
- TAREKAT NAQSYABANDI (4)
- Tokoh (7)
- Wahhabi (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(112)
-
▼
Mac
(64)
- 4 tingkatan Mursyid Naqsyabandi
- Tarekat Naqsyabandi
- Umar bin Abdul Aziz
- Petua Kebahagiaan bagi yang berminat!!
- Rasulullah SAW & Pengemis Yahudi
- Sirah Nabi Muhammad S.A.W
- Nota Physics SPM
- ISU MURTAD
- Al-Bani......
- ISLAM dan HAK WANITA
- Kebanggaan kerja
- In the Name of Allah, most Compassionate, mostMerc...
- Semoga ALLAH S.W.T menjauhi kita dari bala bencana
- Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kub...
- SESALAN SANG ALGOJO……
- Former Baptist explains why she is now a Muslim
- SETAN DAN HIDUNG
- Larangan Melepak
- Pengaruh nama ke atas peribadi anak
- Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah
- Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah
- Banyak hikmah di sebalik dugaan Tuhan
- Balasan baik hindari marah
- Abu Darda’
- WANITA PENJINAK SINGA JANTAN
- As syahid Imam Hassan Al Banna
- Solat fardu Rasulullah tidak pernah bersendirian
- SALAHUDDIN al-Ayubi
- Zainab al-Ghazali
- Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam
- Akhlak Umpama Bunga
- 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
- 10 Fitrah Manusia Cantik
- 10 Fitrah Manusia Cantik
- 7 jenis wajah mayat di dlm kubur...
- 5 Tahap IMAN Manusia
- 4 golongan lelaki...Check it out...
- Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
- Koleksi Petua
- Bab 10 – Merindukan Alah swt
- Bab 9 – Mahabbah(Cinta) kpd Nabi saw
- Bab 8 – Bertaubatlah
- Bab 7- Meninggalkan perintah, Fasik dan Munafik
- Bab 6 – Lupa kpd Allah swt
- Bab 5- Memerangi nafsu dan syahwat
- Bab 4- Melatih diri menahan nafsu dan syahwat
- Bab 3 – Sabar dan Sakit
- Bab 2 – Menangis kerana Takut Allah swt
- Bab 1- Takut kepada Allh swt
- Jaga PANDANGAN MATA
- Gelang MAGNET
- Keindahan Matematik
- Bahaya JIKA TERLALU...
- AIR
- Petua Hindar Jerawat
- Tafsir Juz Amma
- Bayi berwajah ULAR
- 10 Tabiat Rosakkan Otak
- Akibat Buat Maksiat
- 10 Nasihat Memahami Maksud Al Quran
- RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU
- 10 PERUATAN SIA-SIA
- AKHLAK ISLAMIYAH
- 10 Perangkap SYAITAN
-
▼
Mac
(64)
Selasa, Mac 17, 2009
Label: Akhlak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan