Selasa, Mac 17, 2009

Bab 1- Takut kepada Allh swt

• Daripada Rasulullah saw, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seseorg lelaki atau permpuan drpd umatku membaca selawat kpadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar mnyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi org tersebut sampai hari kiamat”

• Setengah hukama mengatakan: “Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamtan roh pada sedikitnya dosa. Ddan keselamtan agma terletak pada memaca selawat kepada ‘Khairil Anam’(Muhammad saw)”

• (Al-Hasyr:18)

• Abul-Laits berkata:
“Tanda-2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara”

1. Lisan
-Hindarkan dusta, ghibah, sebar fitnah, mengumpat, bual kosong, banyak cakap.
-Sibukkan diri dgn zikir, baca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

2. Hati
-Buang rasa permusuhan, kebodohan, dan kedengkian terhadap sahabat. Kedengkian menghapuskan kebaikan. Rasulullah bersabda: “ Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.”

3. Pandangan
-Tidak suka memandang pada perkara haram
-Tidak suka melihat dunia, memandang cuma utk mengambil iktibar. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang memenuhi matanya drpd perkara yg haram, maka Allah akn memenuhi matanya drpd api, pd hari Kiamat kelak.”

4. Perut
-Perut tidak diisi dgn barang yg haram. Rasulullah bersabda: “Manakala sesuap daripada brg haram masuk ke perut sesorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”

5. Kedua tangan
-Tidak digunaan utk yg haram
-Hanya digunakan utk taat kpd Allah.
-Dirawikan drpd Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Alah swt telah menciptakan bagunan dari zabarjub hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula da tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yg boleh masuk ke situ , selain org yg ditawarkan barg haram, namun dia menolaknya krn takut kpd Allah”

6. Langkah kakinya
-Tidak Berjalan utk maksiat
-Hanya Berjalan utk taat kepd Allah, cari keredhaan-Nya, bergaul dgn para ulama, org2 yg soleh.

7. Ketaatannya
-Menjadikan ketaatanya semata-mata utk mencari keredhaan Allah. Takut riak dan munafik.

• Asy-Syura:28

• Hikayat:
o Pada suatu hari Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata, “Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?” Maka dgn izin Allah, ulat itu dpt berbicara seraya berkata: “Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku telah mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-Ilaha Illal Allah Allahu Akbar’ seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhanku mengilhamkanku agar membaca ‘Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala Alihi Wa sohbihi Wasallam’ seribu kali. Lalu apakah engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?” Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina ulat itu. Dia merasa takut kepad Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepadanya.

o Nabi Ibrahim Al Khalil as tatkala mengingtkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hati. Kemudian Allah mengutuskan Jibril as dtg kpdnya seraya berkata: “Allah kirim salam kepada egkau dan berkata “Adakah engkau melihat seseorg akut kepada kekasihnya?” Kemudian Jibril as menjawab: “Jika aku ingat akan kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-Nya.”

0 ulasan: