Selasa, Mac 17, 2009

Petua Hindar Jerawat


- Tumbuk sedikit kunyit hidup yang dicampur dengan sedikit asam jawa dan air. Campuran disapu ke seluruh muka dan biarkan ia pada muka selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan air.

Jika diamalkan selalu, ia menyukarkan jerawat tumbuh dan membantu menjadikan kulit muka tampil lebih halus.

- Anda juga boleh mencuba mendidihkan sebungkus daun teh yang masih hijau sebelum dilekatkan pada jerawat.

- Air basuhan beras juga dikatakan dapat membantu menghindari jerawat. Selepas membasuh muka dengan air basuhan itu, biarkan ia kering terlebih dulu sebelum membilasnya dengan air biasa.

- Sapukan muka dengan campuran air limau nipis dan satu sudu minyak masak sebelum tidur. Bangun keesokannya, ambil beberapa keping asam gelugor dan rendam dalam air panas. Basuhlah muka dengan air rendaman asam keping yang sudah sejuk atau suam itu.

Asam itu juga boleh digunakan untuk menggosok muka terutama di tempat yang berparut sebelum dibasuh dengan air biasa.

- Larutan tepung kanji dan air boleh disapu di sekeliling jerawat. Ia membantu membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.

- Air kelapa memang banyak khasiat termasuk membantu menghilangkan jerawat. Gunakan kelapa tua dan airnya diambil untuk membasuh muka. Biarkan ia kering sebelum dibilas. Cara ini boleh diamalkan tiga kali seminggu.

> Jerawat batu hanyalah liang roma yang berjangkit dan tersumbat. Jika anda mula memicitnya, anda sebenarnya hanya merebakkan bakteria ke seluruh muka hingga jangkitannya melarat.

Jika terlalu perlu mengeluarkan isi kandungan jerawat itu, basuh tangan dan muka. Gunakan tisu yang bersih dan basuh semula selepas membuang jerawat itu.

> Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas minyak. Solekan berminyak lebih menambahkan ‘makanan’ pada muka untuk pembiakan bakteria serta lebih membuatkan liang roma tersumbat.

> Kawasan jerawat yang merah itu usah digaru walaupun ia gatal. Jika terus digaru, menyebabkan bakteria merebak dan lebih teruk kerana akan meninggalkan parut.

Dalam sesetengah keadaan, jerawat batu boleh meninggalkan parut berpanjangan oleh itu, fikirkanlah parut yang tidak diingini itu untuk mendorong anda tidak memicit atau menggarunya.

> Minyak pokok teh mempunyai kandungan antibakteria. Jika mahu menggunakannya, pastikan jerawat di peringkat awal dan jangan gunakan berhampiran mata. Jika kulit pedih, cuci bahagian itu dengan air bersih sebelum menggunakannya semula.

> Usah terlalu mencari sabun kuat untuk merawat muka berjerawat kerana ia mungkin menyebabkan kulit lebih merah. Elak bahan sental muka yang mungkin menyebabkan kulit lebih gatal. Guna sabun antibakteria sederhana.

> Jika merokok, elok sangat dihentikan tabiat itu. Jerawat di kalangan perokok biasanya lebih merah daripada mereka yang tidak merokok.

> Usah patah hati merawat jerawat. Hampir setiap jerawat boleh hilang cuma ia mengambil masa.

0 ulasan: