Selasa, Mac 17, 2009

Bab 2 – Menangis kerana Takut Allah swt

Abul-Laits berkata ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat-malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.” Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah: (An-Nahl: 50)

Rasulullah saw bersabda: “Ketika tubuh seorg hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya.”

• Ada lelaki jatuh hati kpd seorg wanita. Ketika wanita itu keluar utk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampong yg sunyi ketika org2 telah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut “Lihatlah apakah org2 telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya telah dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jela org2 telah tertidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata: “Benar semua org telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?” Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi: “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak ditakuti.” Dengan segera lelaki itu meniggalkan perempuan tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorg bermimpi bertemu dgnnya. Lalu ditanya: “Apakah yg dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu”

• Dirawikan drpd Nabi Muhammad saw, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiap taku kepada-Ku di dunia, Aku amankan di akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat.

• (Al-Maidah,5:44)

• (Ali Imran,3: 175)

• Tersebut dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’:
“Manakala hari kiamat, didatangkan api yg bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima-ratus tahun. Setiap org sampai para nabi berkata: “Nafsi-nafsi”(sendiri2). Kecuali nabi Muhammad saw. Baginda berkata, “Umatku2”. Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Nabi Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: “Demi org2 yg bersolat, demi org2 yg shiddiq, demi org2 yg khusyuk. Dan demi org2 yg berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” Tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril as berkata: “Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu dia dtg menghampiri Nabi Muhammad saw dgn mmbawa segelas air sambil berkata: “Ambillah air ini. Percikkan ia kea pi itu!” Kemudian Nabi memercikkan kea pi itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya: “Air apakah ini?” Jibril berkata: “Itulah air mata umatmu yg menangis krn takut kpd Allah dan skrg aku diperintahkan utk memberikan air tu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dgn izin Allah.”

• Rasulullah sering kali berdoa:
“Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

• (Ab Nazia’at,79:37-41)

0 ulasan: