Rabu, Mac 18, 2009

Pengaruh nama ke atas peribadi anak

Artikel ini ditulis oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,
Pakar Motivasi*

Sejak 10 tahun yang lalu, saya telah membuat penelitian secara serius mengenai perkaitan antara nama dan peribadi seseorang. Memang terdapat perkaitan yang signifikan antara nama dan peribadi seseorang anak. Pemberian nama Kepada anak mempunyai beberapa implikasi yang amat penting.

Daripada Abu Darda, katanya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
"Kamu kelak di hari akhirat akan dipanggil dengan nama kamu dan dengan nama ayah kamu maka berjkanlah nama itu dengan yang baik-baik. "


SUBHAANALLAH


Nama yang diberikan kepada seseorang anak mencerminkan keperibadian dan tahap Pendidikan ibu bapa yang memberikan nama tersebut di samping memberi gambaran ringkas kepada peribadi anak tersebut. Rasulullah s.a.w. tidak menyukai nama yang buruk, sama ada nama untuk orang, nama tempat, nama kabilah, atau nama gunung. Justeru, jika ada ibu bapa yang telah memberikan anak nama yang buruk dari segi makna, eloklah jika nama itu ditukar dengan nama yang lebih baik. Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan kepada sesiapa yang mem- punyai pengharapan yang murni terhadap anak agar mempamerkan melalui nama yang diberikan kepada anak tersebut. Dalam konteks ini nama bertindak sebagai satu doa yang akan mempengaruhi peribadi anak.

Seseorang yang mempunyai nama yang baik dan faham makna namanya akan merasa malu untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak sesuai dengan namanya. Misalnya, orang yang bernama Hassan (bermakna baik) insya-Allah akan menjadi orang yang baik budi pekerti dan orang yang bernama Sabri (bermakna kesabaranku) mudah-mudahan menjadi orang yang sabar.

Secara umumnya, penelitian saya mendapati bahawa peribadi seseorang anak itu biasanya bersamaan dengan makna namanya atau berlawanan. Misalnya, walaupun kebanyakan orang yang bernama Sabri atau Sabran itu mernpunyai sifat yang sabar, ada juga sebilangan anak atau individu yang mempunyai nama tersebut yang bersifat kurang sabar dan pemarah. Besar kemungkinan Allah meng- ilhamkan ibu bapa untuk mem beri nama Sabri atau Sabran kepada anak mereka (yang bersifat pemarah) agar lebih sabar dan lebih peka kepada makna nama mereka.

Ada juga ibu bapa yang menamakan anak sulung mereka berdasarkan gabungan nama suami isteri. Amalan ini mungkin merugikan jika gabungan nama itu tidak mempunyai makna atau mempunyai makna yang negatif. Apa yang penting ialah ibu bapa memberikan nama yang baik-baik kepada anak mereka agar terserlah sifat-sifat positif yang tersirat di dalam nama tersebut.

* dipetik daripada majalah Anis, Febuari 2001
"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

0 ulasan: