Selasa, Mac 17, 2009

Jaga PANDANGAN MATA

Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”


Dari kerana mata...


Sabdanya lagi:

“Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi.

Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”

Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu?

Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat. Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.



Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama.

Macam pelik je bunyinya tu. Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya. Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak.

Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

0 ulasan: