Selasa, Mac 17, 2009

Bab 4- Melatih diri menahan nafsu dan syahwat

• Allah swt telah memberikan wahyu pd nabi Musa as:
“Wahai Musa, jika engkau ingin Aku leih dekat kpdmu drpd ucapanmu kpd lisanmu, drpd keraguan hatimu kpd hatimu, drpd rohmu kpd badanmu, drpd cahaya penglihatanu kpd matamu dan drpd pendengaranmu kpd telingamu, maka perbanyakkan membaca selawat kpd Muhammad saw.

• Rasulullah saw bersabda: “Berfikir sesaat lebih baik drpd ibadah setahun”

• Diceritakan bhw Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia ingin segelas madu dan susu utk dimakan dengan roti panas. Pelayannya segera menyediakannya. Kemudian Malik mengmabil dan memandangnya seraya berkata, “Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama 30 puluh taun, padahal umurmu tinggal sesaat lagi.” Maka dia buang gelas itu daripada tangannya, dia tahan nafsunya hingga dia meninggal.

• Zahya bin Muaz ar-Razi berkata: “Perangilah nafsu dengan taat dan riadah(latihan rohani). Riadah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap; menhana kepedihan drpd makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat drpd bencana. Dan menahan pedih dpt menghantarkan sampai ke puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya byk makan dpt mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dpt menjauhkan seseorg drpd Allah. Sebagaimana Rasulullah saw telah bersabda: “Terangilah hatimu dgn lapar. Perangilah nafsu dgn lapar dan haus. Serta setiasalah mengetuk pintu syurga dgn lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yg lebih disukai Allah swt drpd lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorg yg memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah.”

• Dalam kitab ‘Minhajil Abidin’: Abu Bakar ra berkata: “Aku tidak pernah kenyang semenjak ku masuk Islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak aku masuk Islam krn rindu berjumpa dgn Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhnya jika org byk mkn beratlah badanya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang.”

• Dalam kitab ‘Maniyyatul Mufti’: Luqman al-hakim berkata kpd puteranya: Janganlah engkau byk tidur dan makan . Barangsiapa memperbanyakkan keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh.

• Rasulullah saw bersabda: Janganlah engkau membunuh hati dgn byk makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air.

0 ulasan: